Surah yang diwahyukan di Madinah ini mengandungi
286 ayat dan
merupakan surah yang pertama di turunkan di Madinah selepas
penghijrahan Rasullullah s.a.w. Ia juga merupakan surah yang terpanjang
dalam
Al-Quran dan surah yang kedua selepas Al-Fatihah dari segi tertib
penyusunannya. Kelebihan membaca surah ini dinyatakan dalam beberapa
hadis
sahih,
antaranya sabda Rasullullah s.a.w:
Ertinya:
“Janganlah kamu menjadikan rumah kamu bagaikan
tanah perkuburan.
Sesungguhnya syaitan melarikan diri dari rumah yang dibacakan
surah Al-
Baqarah didalamnya”
Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dan al-Tarmidhi
Seiring dengan penghijrahan Rasullullah s.a.w ke
Madinah yang menjadi
asas kepada pembentukkan ummah, maka surah ini banyak
memperkatakan aspek-aspek pensyariatan ( penetapan hukum-hakam)
dalam pelbagai
persoalan kehidupan, termasuk menerangkan peranan
manusia diatas muka bumi ini
iaitu sebagai khalifah.
Antara persoalan kehidupan yang di sentuh oleh
ayat-ayat dalam surah
Al-Baqarah ini adalah:
· Permurniaan
akhlak
· System
pengurusan, peraturan dan pemeliharaan kerukunan rumahtangga
· System
pentadbiran negara dan alam sejagat
· Siasah
perkahwinan dan penceraian
· Beberapa
aspek mu’amalat seperti jual beli, hutang piutang, riba dan lain-lain
Selain daripada itu, surah ini mendedahkan konflik
yang berlaku antara Mukmin dan ahli Kitab ( Yahudi & Nasrani ), Mu’min dan
Musyrikin dan Mu’min dengan munafikin