Surah Al Baqarah


Surah yang diwahyukan di Madinah ini mengandungi 286 ayat dan 
merupakan surah yang pertama di turunkan di Madinah selepas 
penghijrahan Rasullullah s.a.w. Ia juga merupakan surah yang terpanjang 
dalam Al-Quran dan surah yang kedua selepas Al-Fatihah dari segi tertib 
penyusunannya. Kelebihan membaca surah ini dinyatakan dalam beberapa
hadis sahih, 
antaranya sabda Rasullullah s.a.w:
Ertinya:
“Janganlah kamu menjadikan rumah kamu bagaikan tanah perkuburan. 
Sesungguhnya syaitan melarikan diri dari rumah yang dibacakan surah Al-
Baqarah didalamnya”
Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dan al-Tarmidhi

Seiring dengan penghijrahan Rasullullah s.a.w ke Madinah yang menjadi 
asas kepada pembentukkan ummah, maka surah ini banyak 
memperkatakan aspek-aspek pensyariatan ( penetapan hukum-hakam) 
dalam pelbagai persoalan kehidupan, termasuk menerangkan peranan 
manusia diatas muka bumi ini iaitu sebagai khalifah.

Antara persoalan kehidupan yang di sentuh oleh ayat-ayat dalam surah 
Al-Baqarah ini adalah:
·        Permurniaan akhlak
·        System pengurusan, peraturan dan pemeliharaan kerukunan rumahtangga
·        System pentadbiran negara dan alam sejagat
·        Siasah perkahwinan dan penceraian
·        Beberapa aspek mu’amalat seperti jual beli, hutang piutang, riba dan lain-lain

Selain daripada itu, surah ini mendedahkan konflik yang berlaku antara Mukmin dan ahli Kitab ( Yahudi & Nasrani ), Mu’min dan Musyrikin dan Mu’min dengan munafikin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan