Surah Al Fatihah


Surah Al- Fatihah di wahyukan di Makkah dan bilangan ayatnya ialah tujuh ayat berdasarkan ijma’ ulama. Dinamakan Al-Fatihah kerana surah tersebut menjadi pembuka kepada Al-Quran, yakni merupakan surah pertama dari segi tertib penyusunannya di dalam Al-Quran, walaupun bukan dari segi penurunannya

Surah ini walaupun pendek, sebenarnya merangkumi segala pengertian, objektif dan perbendaharaan Al-Quran secara umum. Justeru itu, surah ini dikenali juga sebagai “Ummu al-Quran. Ini dapat diperhatikan apabila surah ini memperkatakan asas-asas agama yang merangkumi :
·        Aqidah merangkumi keimanan kepada Allah s.w.t, sifat-sifatNya, keesaanNya, kurnia nikmat dan keimanan kepada hari akhirat
·        Ibadah termasuk persoalan doa, memohon pertolongan dan hidayah, ikhlas, istiqamah dan kesatuan ummah
        ·        Minhaj kehidupan, iaitu pemilihan tata cara kehidupan yang benar dan    di redhai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan