Allah Ajar Adab Dalam Al-Hujurat


Surah Al-Hujurat ( bilik-bilik ) Allah SWT menyampaikan tarbiyah kepada orang beriman mengenai adab seorang mukmin terhadap Allah & Rasulnya. Surah ini juga satu manhaj pembentukkan dan penyatuan umat dan satu kaedah pendidikan yang diajar oleh Allah SWT kepada orang beriman

Hal ini membawa maksud apabila seseorang mukmin ingin mengeluarkan sesuatu hokum atau keputusan hendaklah dirujuk kepada kitab Allah ( Al-Quran ) dan hadis Rasullullah s.a.w

Selepas turunnya surah ini, tiada seorang mukmin berani mengeluarkan sesuatu keputusan ataupun menjatuhkan sebarang hukuman setelah mereka merujuk kepada dua perkara asas umat Islam iaitu Al-Zikru dan Hadis An-Nabawi

Surah Al-Hujurut adalah surah ke 49 dalam Al-Quran. Surah ini tergolong surah Madaniyah ( diturunkan di Madinah ) terdiri daripada 18 ayat. Dinamakan surah Al-Hujurut diambil dari perkataan Al-Hujurut yang terdapat dalam surah ini

Ayat tersebut mencela para sahabat yang memanggil Nabi Muhammmad s.a.w yang sedang berada di dalam bilik rumahnya bersama isteri. Memanggil Nabi Muhammad s.a.w dengan cara serta dalam keadaan yang demikian menunjukkan sifat kurang hormat kepada Baginda dan menggangu ketenteramannya

Ini adalah adab yang diajar oleh Allah SWT kepada orang beriman. Rasullullah s.a.w bukan hanya seorang rasul yang diutuskan bahkan Baginda juga seorang ketua negara dan ketua jemaah Muslimin. Ia menunjukkan satu peradapan dan peraturan berbicara antara ahli dengan para pemimpin

Sarjana Islam menyatakan, jika seseorang itu ingin menziarahi pemimpinnya, hendaklah pada waktu yang sesuai supaya tidak menggangu waktu rehat mereka dan memudahkan menghadapi pelbagai cabaran yang bakal di hadapi nanti

Surah ini juga Allah SWT memberitahu apabila datang sesuatu berita hendaklah diselidik terlebih dahulu, samada benar ataupun fitnah yang cuba merosakkan keutuhan sesebuah jemaah

Diceritakan juga sifat menonjolkan diri bukanlah sifat yang ada pada manusia. Sifat ini tidak elok untuk manusia praktikkan dalam kehidupan sebagai umat Islam yang berjuang kepada jalan Allah SWT yang mulia

Ulama tafsir berkata, barangsiapa membaca surah ini nescaya ia akan terpelihara dari gangguan jin. Jika dibacakannya keatas perempuan yang menyusu anaknya, nescaya susu ibu itu akan bertambah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan