Az-Zariyat Dahului Astronomi Moden



Penemuan saintifik masa kini banyak memperlihakan keunggulan al-Quran. Banyak ayat berkaitan dengan alam dan sains di dalam al-Quran yang baru difahami maknanya terutama berkaitan dengan alam semesta yang mengembang

Allah SWT berfirman bermaksud: Dan langit Kami bangun dengan kekuasaan Kami dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya-(az-Zariyat: 47)

Syeikh Said Hawa, didalam kitabnya al-Asas fit Tafsir berkata: Maksud ayat ini( surah az-Zariyat) Allah SWT menjadikan langit dalam keadaan terus menerus mengembang. Ia juga bermaksud kejadian alam. Ia menunjukkan ilmu al-Quran amat jauh kehadapan, melampaui ruang dan zaman. Apabila ada manusia yang menolak al-Quran kerana menyangka dirinya maju dengan pengetahuan sainsnya, eloklah dia menilai dirinya semula sebelum terlambat

Hari ini pakar sains menemui bukti menunjukkan alam semesta ini tidak static, sebaliknya terus membesar dan mengembang. Pada tahun 1929, tokoh astronomi dari Amerika Syarikat. Edwin Hubble, mendapati alam ini sebenarnya sedang mengembang

Beliau mendapati semakin jauh jarak sebuah galaksi daripada Bumi, semakin cepat proses pengembangannya. Pada bulan September 1996, satu kenyataan akhbar dikeluarkan berhubung dengan teori pengembangan alam. Ini disahkan oleh ahli sains yang lain

Malah, mereka berjaya mengukur kelajuan pengembangan alam ini, sekaligus membenarkan firman Allah SWT yang di sebut dalam surah az- Zariyat

Surah az-Zariyat, adalah surah ke 51 di dalam al-Quran. Surah ini tergolong dalam surah Makkiyah terdiri atas 60 ayat. Dinamakan az-Zariyat ( angin yang berterbangan ) diambil dari perkataan sama pada ayat pertama surah ini

Surah ini juga menceritakan bagaimana keadaan orang beriman di dalam syurga sebagai ketaatan bagi orang bertakwa. Allah SWT yang  pemberi rezeki manakala manusia dan jin dijadikan Allah SWT untuk beribadah kepadaNYA

Allah SWT melarang mempersekutukanNYA, neraka adalah balasan bagi orang kafir. Perintah berpaling dari orang musyrik berkepala batu untuk memberikan peringatan dan pengajaran kepada golongan mukmin

Diceritakan juga harta kekayaan seseorang terdapat hak orang miskin ( wajib mengeluarkan zakat )

Turut di beri perhatian dalam surah ini ialah kisah Nabi Ibrahim a.s dengan malaikat yang datang kerumahnya. Musa a.s dengan Firaun, kaum Ad dan kaum Tsamud, Nabi Nuh a.s dengan kaumnya

Allah SWT menjelaskan sesuatu diciptaNYA berpasangan, pada diri manusia terdapat tanda-tanda kebesaran Allah SWT

Menurut ulama tafsir, surah ini jika dibacakan kepada orang sakit, insyaAllah sembuh. Jika dibacakan kepada orang yang menemui ajal, insyaAllah di permudahkan keluar rohnya. Surah ini jika dibacakan kepada wanita yang hampir bersalin, insyaALLAH dipermudahkan ketika melahirkan anak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan