Allah Tahu Apa Dalam Hati Manusia


Surah Qaf yang di turunkan di Madinah ini, menceritakan kebangkitan manusia dari kubur pada hari Kiamat dengan menggambarkannya sebagai tanah kering yang hidup semula setelah disirami air

Pada hari Kiamat, manusia akan hadir di Mashyar untuk di hisab di sertai oleh 2 malaikat. Satu sebagai pengiring, dan satu lagi menjadi saksi atas segala perbuatannya yang ditulis di dunia

Pada ayat 16, 17 dan 18 surah ini Allah SWT mengetahui apa yang bergetar dan tergores dalam hati manusia, dan Allah SWT juga secara rohaniah lebih dekat dengan manusia daripada urat lehernya

Surah Qaf, adalah surah ke50 dalam Al-Quran terdiri atas 45 ayat. Dinamakan Qaf kerana surah ini bermula dari huruf Qaf

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Nabi Muhammad s.a.w amat gemar membaca surah ini pada rakaat pertama solat Subuh dan solat Hari Raya. Menurut Abu Daud, Al Baihaqi dan Ibnu Majjah, Nabi Muhammad s.a.w membaca surah ini pada setiap kali membaca khutbah pada solat Jumaat.

Surah ini juga dinamakan Al Baqisat. Nama berkenaan diambil daripada perkataan Baqisat yang terdapat pada ayat ke 10 surah ini.

Allah SWT mengunjurkan sentiasa bertasbih dan bertahmid kepadaNYA pada waktu malam sebelum terbit dan terbenam matahari dan apabila selesai mengerjakan solat. Perintah Allah SWT kepada Rasulnya supaya memberi peringatan dengan ayat Al Quran kepada orang beriman dan sentiasa memerhatikan kejadian langit dan bumi.

Sabda Rasullullah s.a.w di riwayatkan oleh Abu Darda bermaksud: Pelajarilah surah an-Nabaa’, pelajarilah surah al-Buruuj, pelajarilah surah Qaf dan pelajarilah surah at-Taariq, kerana jika kamu mengetahui fadilat dan besarnya pahala membaca surah berkenaan, maka kamu akan berhenti daripada tugas kamu lalu kamu mempelajarinya dan juga mendekatkan diri pada Allah SWT. Allah SWT akan mengampunkan dosa mereka yang mengamalkan surah berkenaan selain dosa syirik

Surah ini juga sebagai hiburan kepada Nabi Muhammad s.a.w supaya tidak putus asa dalam menghadapi keingkaran orang kafir Mekah terhadap kenabian dan hari Kiamat.

AlQuran sebagai peringatan kepada orang yang takut ancaman Allah SWT


Kata ulama tafsir, barangsiapa yang membaca surah ini, akan terhindar daripada kemiskinan dan kepapaan. Barangsiapa yang membacannya pada malam Jumaat, nescaya akan mendapat rezeki yang melimpah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan