Baiah, Perjanjian Hudaibiah dalam Al-Fath


Surah al-Fath, menceritakan dua sejarah penting dalam perkembangan Islam iaitu Perjanjian Hudaibiah dan Baiah Ar-Ridhwan. Dua peristiwa ini menjadi titik tolak kepada perkembangan Islam dengan Kaabah Di Mekah, sebagai pusat ritual Islam yang paling utama

Rasullullah s.a.w berangkat ke Mekah dari Madinah bersama kaum Mujahirin, Ansar dan kabilah Arab lain seramai 1400 orang. Iaitu pada bulan Zulhijjah dengan bertujuan mengerjakan ibadah umrah. Baginda membawa bersamanya 70 ekor unta untuk korban

Rombongan baginda s.a.w kemudian berhenti di Hudaibiah ( pinggir kota Mekah ). Rasullullah s.aw kemudian memberitahu kepada orang Quraish Mekah bahawa kedatangan Baginda untuk menziarah rumah suci Kaabah bukan untuk berperang

Rasullullah s.a.w kemudian menghantar  Othman Bin Affan untuk menemui ketua Quraish Aban Bin Said bin Al Ass, untuk meminta perlindungan dan berjumpa Abu Suffian serta pembesar Quraish untuk menyampaikan pesanan Rasullullah s.a.w

Kemudian tersebarlah berita dan sampai kepada Rasullullah s.a.w kononnya Othman di bunuh. Nabi s.aw memanggil semua pengikutnya dan mengadakan Baiah Ar-Rihwan, di bawah pohon kayu bernama Samrah

Selepas berita palsu itu, puak Quraish menghantar Suhail bin Amru berjumpa Rasullullah s.a.w untuk berdamai. Nabi s.aw memanggil Sayidina Ali untuk menulis perjanjian dikenali sebagai Hudaibiah dengan disaksikan kedua pihak

Walaupun perjanjian dianggap tidak memihak kepada kaum Muslimin, Rasullullah s.a.w mendamaikan kemarahan sahabat dengan bersabda dalam satu hadis yang sangat mashyur bermaksud: Sabarlah kamu, sesungguhnya Allah SWT menjadikan pendamaian ini sebagai sebab zahir agamaNYA

Surah Al-Fath adalah  surah Madaniyah terdiri atas 29 ayat atau surah ke 48 dalam Al-Quran. Dinamakan Al-Fath ( kemenangan ) di ambil dari perkataan Fat-han pada ayat pertama surah ini

Baginda s.aw sangat gembira turunnya ayat pertama surah ini dan bersabda bermaksud: Sesungguhnya diturunkan kepadaku satu surah, yang surah itu benar-benar lebih aku cintai daripada seluruh apa yang disinari matahari. Kegembiraan Nabi s.a.w kerana ayatnya menerangkan kemenangan yang akan di perolehi Muhammad s.a.w dalam perjuangannya mengenai kesempurnaan nikmat Allah SWT

Imam Sa’alabi meriwayatkan sabda Nabi s.a.w bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Fath maka seakan-akan ia termasuk golongan yang Fath Mekah ( Pembukaan dan penaklukan kota Mekah ) bersama Rasullullah s.a.w

Ulama tafsir dan sebahagian mereka yang makrifat pada Allah SWT menyatakan: Barangsiapa membaca surah Al-Fath ketika melihat hilal ( bulan sabit ) Ramadhan pada permulaan malam, maka Allah SWT akan melapangkan rezekinya pada tahun itu hingga akhir tahun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan