Kek Durian



5 oz gula caster
4 oz magerine
* dua bahan diatas di pukul sehingga kembang
1 biji durian bersaiz sederhana diambil isinya
5 oz tepung gandum
1 camca the baking powder
* dua bahan diatas diayak
4 biji telur – di pukul
1 camca the esen vanilla

cara-cara:
masukkan telur dan tepung kedalam adunan. Putar dan gaul sehingga sama rata
masukkan isi durian bersama esen vanilla
bakar selama ½ jam

Kuih Bangkit


3 tin mentega tepung ubi – di ayak
1 tin mentega tepung jagung – di ayak
½ tin mentega tepung gandum
4 biji telur – di pukul
3 tin mentega gula
1 biji kelapa – diambil santan pekat dan di masak

cara-cara:
bancuh semua tepung diatas bersama-sama santan pekat dan telur
canai adunan tadi dan terap
bakar sehingga masak
*sukatan tin mentega boleh di tukar dengan tin susu f&n

BACALAH INI!!! MUDAH-MUDAHAN KITA BUKA DARI GOLONGAN PENGHUNI NERAKA JAHANAM

Api neraka 70 kali ganda lebih panas

Di riwayatkan daripada sebuah hadis bahawa sesungguhnya Allah mengutuskan Malaikat Jibril untuk bertemu dengan Malaikat Malik yang bertanggungjawab menjaga pintu neraka

Tujuannya adalah untuk meminta Malaikat Malik membawa api dari neraka itu untuk Nabi Adam agar dapat di gunakan untuk memasak dan kegunaan lainnya

Lalu Malaikat Jibril berkata " Wahai Malik, aku di utuskan oleh Allah untuk mengambil api dari neraka bagi kegunaan Nabi Adam" Kemudian Malaikat Malik bertanya, berapa banyakkah yang kamu inginkan?

Jibril menjawab" Bawakan sebesar biji kurma" Lantas Malik berkata" Tahukah kamu wahai Jibril bahawa andainya aku berikan kamu api sebesar biji kurma,nescaya akan hancur leburlah tujuh petala langit dan bumi disebabkan oleh kepanasan api neraka itu

Maka berkata Jibril" Jika begitu yang terjadi, maka berikanlah separuh kepadaku daripada sebiji kurma" Maka Malik kemudiannya menjawab"Andainya ku berikan separuh dari biji kurma sebagaimana yang kamu pinta.ketahuilah bahawa langit tidak akan menurunkan hujan, walaupun setitis kerana kepanasan api tersebut. Lantaran bumi juga tidak akan di tumbuhi tanaman dan menjadi kering kontang"

Lantaran penjelasan Malaikat Malik itu, Jibril berdoa kepada Allah untuk memohon petunjuk " Wahai Tuhanku, sebanyak manakah yang patut aku ambil daripada neraka"

Allah menjawab doa Jibril dengan berfirman" Ambillah ia sebesar biji sawi" kemudian Jibril mengambil api neraka daripada Malik sebesar biji sawi dan membawanya kesyurga untuk di basuh di 70 sungai

Kemudian Jibril turun ke bumi dan meletakkannya di sebuah gunung yang tinggi. Sebaik sahaja Jibril meletakkannya, maka hancur leburlah gunung itu menjadi rata dan api itu di kembalikan semula di tempat asal. Yang tinggal hanyalah asap sahaja yang melekat pada batu

Daripada kisah di atas, dapat kita membayangkan betapa panasnya api neraka yang di ciptaka Allah SWT berbanding dengan api di dunia ini.

Seksa Orang Yang Ingkar

Harus di ingat api neraka yang panas itulah yang disediakan untuk menyeksa orang yang mungkar, kufur dan mereka yang suka membuat maksiat serta tidak peduli perintah Allah.

Dalam sebuah riwayat, ada mengatakan bahawa Jibril datang berjumpa dengan Rasulullah saw dan baginda bertanya kepada Jibril "Wahai Jibril, terangkanlah kepadaKu sifat-sifat api neraka"

Jibril menjawab, sesungguhnya Allah swt menjadikan neraka itu dan di nyalakan selama seribu tahun hingga menjadi merah dan bernyala. Kemudian ia dinyalakan selama seribu tahun lagi sehingga bertukar menjadi putih, kemudian di nyalakan lagi selama seribu tahun sehingga warnanya bertukar menjadi hitam pekat bagaikan malam yang gelap gelita. Tiadalah padam api itu dan tidak pula mati baranya 

Banyangkanlah dengan akal fikiran yang telah Allah kurniakan kepada kita, jika seketul api neraka sebesar biji kurma itu dapat mengnahcurkan tujuh petala langit dan bumi, manakala seketul api sebesar biji sawi yang telah di dasuh dengan 70 buah sungai dapat meranapkan sebuah gunung yang tinggi.

Bagaimana pula agaknya denga keadaan manusia yang di bakar oleh Allah pada hari Akhirat dengan keadaan api yang turun menjunam?

Meraka adalah orang 

  • mensyirikkan Allah
  • Tidak mempedulikan apa yang telah di syariatkan oleh Allah
  • Berlaku zalim sesama insan
  • Tidak mengerjakan solat
  • Tidak menutup aurat
  • Tidak bersedekah kejalan Allah
  • Suka mengumpat
  • Suka berbuat baik minta di lihat orang
  • Tidak berpuasa di bulan Ramadan
  • Suka menfitnah orang dsn
Sesungguhnya apabila telah tiba hari akhirat dan hari pembalasan, maka semuanya sudah terlambat

Tiada lagi rintihan serta rayuan akan didengari. Yang tinggal hanyalah pekikan serta jeritan kepedihan menanggung azab yang tidak terperi. Alangkah seksanya mereka yang menerima pembalasan buruk pada hari Akhirat kelak.

Marilah kita menadah tangan serta berdoa agar dengan rahmatnya dan kasih sayang Allah kita di jauhi daripada api neraka yang membakar ini sebagaimana maksud surah al-Furqan ayat 65-66 yang bermaksud
 " YA ALLAH YA TUHAN KAMI, JAUHKANLAH AZAB NERAKA JAHANAM DARIPADA KAMI. SESUNGGUHNYA AZAB ITU AMAT BURUK DAN MENGERIKAN. SESUNGGUHNYA JAHANAM ITU ADALAH SEBURUK- BURUK TEMPAT MENETAP DAN KEDIAMAN"

Pada masa itu harta dan pangkat tidak ada gunanya lagi...
Wallahualam




Surah Ali Imran


Surah ini diturunkan di Madinah dan terdiri dapipada 200 ayat. Ini merupakan kesinambungan daripada apa yang di nyatakan dalam surah Al-Baqarah yang lalu. Pada surah terdahulu di ceritakan sebahagian sejarah Bani Isra’el yang berupa pendedahan pelbagai bentuk penyelewengan yang mereka lakukan. Surah ini menyebut beberapa perkara, antaranya:
·        Kesesatan dan penyelewengan Bani Isra’el dalam bentuk ytang lain
·        Petujuk bagaimana sepatutnya seorang Mu’min beraqidah dan bertingkah laku
·        Hakikat agama samawi
·        Tata cara bertaubat
·        Petunjuk bagaimana hendak mencapai kemenangan dan factor kekalahan
·        Kenyataan mengenai kedudukan para syuhada yang gugur dalam peperangan ke jalan Allah
·        Balasan Allah adalah berlaku secara umum sama ada terhadap lelaki atau wanita

Seperkara yang patut di ketahui, Al-Quran banyak berbicara tentang 
sunnah ( ketetapan ) alam dan pengajaran yang dapat di petik daripadanya disamping pelbagai kisah umat terdahulu. Sebenarnya dalam kisah-kisah tersebut dijelaskan pelbagai persoalan berkait aqidah, hukum syara’ dan akhlak

Penamaan surah dengan Ali ‘Imran yang bererti keluarga Imran merujuk kepada kemuliaan yang di perolehi isteri ‘Imran dan Maryam, anak perempuan ‘Imran. Maryam a.s merupakan symbol kepada kecekalan dari segi ibadah dan menjaga maruah. Manakala ibundanya pula, isteri ‘Imran adalah symbol kecekalan dalam usaha membantu agama Allah s.w.t Justeru itu, surah ini amat penting khususnya bagi para wanita. Oleh sebab itu juga surah An-Nisa diletakkan selepas surah ini.

Surah Al Baqarah


Surah yang diwahyukan di Madinah ini mengandungi 286 ayat dan 
merupakan surah yang pertama di turunkan di Madinah selepas 
penghijrahan Rasullullah s.a.w. Ia juga merupakan surah yang terpanjang 
dalam Al-Quran dan surah yang kedua selepas Al-Fatihah dari segi tertib 
penyusunannya. Kelebihan membaca surah ini dinyatakan dalam beberapa
hadis sahih, 
antaranya sabda Rasullullah s.a.w:
Ertinya:
“Janganlah kamu menjadikan rumah kamu bagaikan tanah perkuburan. 
Sesungguhnya syaitan melarikan diri dari rumah yang dibacakan surah Al-
Baqarah didalamnya”
Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dan al-Tarmidhi

Seiring dengan penghijrahan Rasullullah s.a.w ke Madinah yang menjadi 
asas kepada pembentukkan ummah, maka surah ini banyak 
memperkatakan aspek-aspek pensyariatan ( penetapan hukum-hakam) 
dalam pelbagai persoalan kehidupan, termasuk menerangkan peranan 
manusia diatas muka bumi ini iaitu sebagai khalifah.

Antara persoalan kehidupan yang di sentuh oleh ayat-ayat dalam surah 
Al-Baqarah ini adalah:
·        Permurniaan akhlak
·        System pengurusan, peraturan dan pemeliharaan kerukunan rumahtangga
·        System pentadbiran negara dan alam sejagat
·        Siasah perkahwinan dan penceraian
·        Beberapa aspek mu’amalat seperti jual beli, hutang piutang, riba dan lain-lain

Selain daripada itu, surah ini mendedahkan konflik yang berlaku antara Mukmin dan ahli Kitab ( Yahudi & Nasrani ), Mu’min dan Musyrikin dan Mu’min dengan munafikin

Surah Al Fatihah


Surah Al- Fatihah di wahyukan di Makkah dan bilangan ayatnya ialah tujuh ayat berdasarkan ijma’ ulama. Dinamakan Al-Fatihah kerana surah tersebut menjadi pembuka kepada Al-Quran, yakni merupakan surah pertama dari segi tertib penyusunannya di dalam Al-Quran, walaupun bukan dari segi penurunannya

Surah ini walaupun pendek, sebenarnya merangkumi segala pengertian, objektif dan perbendaharaan Al-Quran secara umum. Justeru itu, surah ini dikenali juga sebagai “Ummu al-Quran. Ini dapat diperhatikan apabila surah ini memperkatakan asas-asas agama yang merangkumi :
·        Aqidah merangkumi keimanan kepada Allah s.w.t, sifat-sifatNya, keesaanNya, kurnia nikmat dan keimanan kepada hari akhirat
·        Ibadah termasuk persoalan doa, memohon pertolongan dan hidayah, ikhlas, istiqamah dan kesatuan ummah
        ·        Minhaj kehidupan, iaitu pemilihan tata cara kehidupan yang benar dan    di redhai

Allah Ajar Adab Dalam Al-Hujurat


Surah Al-Hujurat ( bilik-bilik ) Allah SWT menyampaikan tarbiyah kepada orang beriman mengenai adab seorang mukmin terhadap Allah & Rasulnya. Surah ini juga satu manhaj pembentukkan dan penyatuan umat dan satu kaedah pendidikan yang diajar oleh Allah SWT kepada orang beriman

Hal ini membawa maksud apabila seseorang mukmin ingin mengeluarkan sesuatu hokum atau keputusan hendaklah dirujuk kepada kitab Allah ( Al-Quran ) dan hadis Rasullullah s.a.w

Selepas turunnya surah ini, tiada seorang mukmin berani mengeluarkan sesuatu keputusan ataupun menjatuhkan sebarang hukuman setelah mereka merujuk kepada dua perkara asas umat Islam iaitu Al-Zikru dan Hadis An-Nabawi

Surah Al-Hujurut adalah surah ke 49 dalam Al-Quran. Surah ini tergolong surah Madaniyah ( diturunkan di Madinah ) terdiri daripada 18 ayat. Dinamakan surah Al-Hujurut diambil dari perkataan Al-Hujurut yang terdapat dalam surah ini

Ayat tersebut mencela para sahabat yang memanggil Nabi Muhammmad s.a.w yang sedang berada di dalam bilik rumahnya bersama isteri. Memanggil Nabi Muhammad s.a.w dengan cara serta dalam keadaan yang demikian menunjukkan sifat kurang hormat kepada Baginda dan menggangu ketenteramannya

Ini adalah adab yang diajar oleh Allah SWT kepada orang beriman. Rasullullah s.a.w bukan hanya seorang rasul yang diutuskan bahkan Baginda juga seorang ketua negara dan ketua jemaah Muslimin. Ia menunjukkan satu peradapan dan peraturan berbicara antara ahli dengan para pemimpin

Sarjana Islam menyatakan, jika seseorang itu ingin menziarahi pemimpinnya, hendaklah pada waktu yang sesuai supaya tidak menggangu waktu rehat mereka dan memudahkan menghadapi pelbagai cabaran yang bakal di hadapi nanti

Surah ini juga Allah SWT memberitahu apabila datang sesuatu berita hendaklah diselidik terlebih dahulu, samada benar ataupun fitnah yang cuba merosakkan keutuhan sesebuah jemaah

Diceritakan juga sifat menonjolkan diri bukanlah sifat yang ada pada manusia. Sifat ini tidak elok untuk manusia praktikkan dalam kehidupan sebagai umat Islam yang berjuang kepada jalan Allah SWT yang mulia

Ulama tafsir berkata, barangsiapa membaca surah ini nescaya ia akan terpelihara dari gangguan jin. Jika dibacakannya keatas perempuan yang menyusu anaknya, nescaya susu ibu itu akan bertambah

Baiah, Perjanjian Hudaibiah dalam Al-Fath


Surah al-Fath, menceritakan dua sejarah penting dalam perkembangan Islam iaitu Perjanjian Hudaibiah dan Baiah Ar-Ridhwan. Dua peristiwa ini menjadi titik tolak kepada perkembangan Islam dengan Kaabah Di Mekah, sebagai pusat ritual Islam yang paling utama

Rasullullah s.a.w berangkat ke Mekah dari Madinah bersama kaum Mujahirin, Ansar dan kabilah Arab lain seramai 1400 orang. Iaitu pada bulan Zulhijjah dengan bertujuan mengerjakan ibadah umrah. Baginda membawa bersamanya 70 ekor unta untuk korban

Rombongan baginda s.a.w kemudian berhenti di Hudaibiah ( pinggir kota Mekah ). Rasullullah s.aw kemudian memberitahu kepada orang Quraish Mekah bahawa kedatangan Baginda untuk menziarah rumah suci Kaabah bukan untuk berperang

Rasullullah s.a.w kemudian menghantar  Othman Bin Affan untuk menemui ketua Quraish Aban Bin Said bin Al Ass, untuk meminta perlindungan dan berjumpa Abu Suffian serta pembesar Quraish untuk menyampaikan pesanan Rasullullah s.a.w

Kemudian tersebarlah berita dan sampai kepada Rasullullah s.a.w kononnya Othman di bunuh. Nabi s.aw memanggil semua pengikutnya dan mengadakan Baiah Ar-Rihwan, di bawah pohon kayu bernama Samrah

Selepas berita palsu itu, puak Quraish menghantar Suhail bin Amru berjumpa Rasullullah s.a.w untuk berdamai. Nabi s.aw memanggil Sayidina Ali untuk menulis perjanjian dikenali sebagai Hudaibiah dengan disaksikan kedua pihak

Walaupun perjanjian dianggap tidak memihak kepada kaum Muslimin, Rasullullah s.a.w mendamaikan kemarahan sahabat dengan bersabda dalam satu hadis yang sangat mashyur bermaksud: Sabarlah kamu, sesungguhnya Allah SWT menjadikan pendamaian ini sebagai sebab zahir agamaNYA

Surah Al-Fath adalah  surah Madaniyah terdiri atas 29 ayat atau surah ke 48 dalam Al-Quran. Dinamakan Al-Fath ( kemenangan ) di ambil dari perkataan Fat-han pada ayat pertama surah ini

Baginda s.aw sangat gembira turunnya ayat pertama surah ini dan bersabda bermaksud: Sesungguhnya diturunkan kepadaku satu surah, yang surah itu benar-benar lebih aku cintai daripada seluruh apa yang disinari matahari. Kegembiraan Nabi s.a.w kerana ayatnya menerangkan kemenangan yang akan di perolehi Muhammad s.a.w dalam perjuangannya mengenai kesempurnaan nikmat Allah SWT

Imam Sa’alabi meriwayatkan sabda Nabi s.a.w bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Fath maka seakan-akan ia termasuk golongan yang Fath Mekah ( Pembukaan dan penaklukan kota Mekah ) bersama Rasullullah s.a.w

Ulama tafsir dan sebahagian mereka yang makrifat pada Allah SWT menyatakan: Barangsiapa membaca surah Al-Fath ketika melihat hilal ( bulan sabit ) Ramadhan pada permulaan malam, maka Allah SWT akan melapangkan rezekinya pada tahun itu hingga akhir tahun

Az-Zariyat Dahului Astronomi Moden



Penemuan saintifik masa kini banyak memperlihakan keunggulan al-Quran. Banyak ayat berkaitan dengan alam dan sains di dalam al-Quran yang baru difahami maknanya terutama berkaitan dengan alam semesta yang mengembang

Allah SWT berfirman bermaksud: Dan langit Kami bangun dengan kekuasaan Kami dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya-(az-Zariyat: 47)

Syeikh Said Hawa, didalam kitabnya al-Asas fit Tafsir berkata: Maksud ayat ini( surah az-Zariyat) Allah SWT menjadikan langit dalam keadaan terus menerus mengembang. Ia juga bermaksud kejadian alam. Ia menunjukkan ilmu al-Quran amat jauh kehadapan, melampaui ruang dan zaman. Apabila ada manusia yang menolak al-Quran kerana menyangka dirinya maju dengan pengetahuan sainsnya, eloklah dia menilai dirinya semula sebelum terlambat

Hari ini pakar sains menemui bukti menunjukkan alam semesta ini tidak static, sebaliknya terus membesar dan mengembang. Pada tahun 1929, tokoh astronomi dari Amerika Syarikat. Edwin Hubble, mendapati alam ini sebenarnya sedang mengembang

Beliau mendapati semakin jauh jarak sebuah galaksi daripada Bumi, semakin cepat proses pengembangannya. Pada bulan September 1996, satu kenyataan akhbar dikeluarkan berhubung dengan teori pengembangan alam. Ini disahkan oleh ahli sains yang lain

Malah, mereka berjaya mengukur kelajuan pengembangan alam ini, sekaligus membenarkan firman Allah SWT yang di sebut dalam surah az- Zariyat

Surah az-Zariyat, adalah surah ke 51 di dalam al-Quran. Surah ini tergolong dalam surah Makkiyah terdiri atas 60 ayat. Dinamakan az-Zariyat ( angin yang berterbangan ) diambil dari perkataan sama pada ayat pertama surah ini

Surah ini juga menceritakan bagaimana keadaan orang beriman di dalam syurga sebagai ketaatan bagi orang bertakwa. Allah SWT yang  pemberi rezeki manakala manusia dan jin dijadikan Allah SWT untuk beribadah kepadaNYA

Allah SWT melarang mempersekutukanNYA, neraka adalah balasan bagi orang kafir. Perintah berpaling dari orang musyrik berkepala batu untuk memberikan peringatan dan pengajaran kepada golongan mukmin

Diceritakan juga harta kekayaan seseorang terdapat hak orang miskin ( wajib mengeluarkan zakat )

Turut di beri perhatian dalam surah ini ialah kisah Nabi Ibrahim a.s dengan malaikat yang datang kerumahnya. Musa a.s dengan Firaun, kaum Ad dan kaum Tsamud, Nabi Nuh a.s dengan kaumnya

Allah SWT menjelaskan sesuatu diciptaNYA berpasangan, pada diri manusia terdapat tanda-tanda kebesaran Allah SWT

Menurut ulama tafsir, surah ini jika dibacakan kepada orang sakit, insyaAllah sembuh. Jika dibacakan kepada orang yang menemui ajal, insyaAllah di permudahkan keluar rohnya. Surah ini jika dibacakan kepada wanita yang hampir bersalin, insyaALLAH dipermudahkan ketika melahirkan anak.

Allah Tahu Apa Dalam Hati Manusia


Surah Qaf yang di turunkan di Madinah ini, menceritakan kebangkitan manusia dari kubur pada hari Kiamat dengan menggambarkannya sebagai tanah kering yang hidup semula setelah disirami air

Pada hari Kiamat, manusia akan hadir di Mashyar untuk di hisab di sertai oleh 2 malaikat. Satu sebagai pengiring, dan satu lagi menjadi saksi atas segala perbuatannya yang ditulis di dunia

Pada ayat 16, 17 dan 18 surah ini Allah SWT mengetahui apa yang bergetar dan tergores dalam hati manusia, dan Allah SWT juga secara rohaniah lebih dekat dengan manusia daripada urat lehernya

Surah Qaf, adalah surah ke50 dalam Al-Quran terdiri atas 45 ayat. Dinamakan Qaf kerana surah ini bermula dari huruf Qaf

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Nabi Muhammad s.a.w amat gemar membaca surah ini pada rakaat pertama solat Subuh dan solat Hari Raya. Menurut Abu Daud, Al Baihaqi dan Ibnu Majjah, Nabi Muhammad s.a.w membaca surah ini pada setiap kali membaca khutbah pada solat Jumaat.

Surah ini juga dinamakan Al Baqisat. Nama berkenaan diambil daripada perkataan Baqisat yang terdapat pada ayat ke 10 surah ini.

Allah SWT mengunjurkan sentiasa bertasbih dan bertahmid kepadaNYA pada waktu malam sebelum terbit dan terbenam matahari dan apabila selesai mengerjakan solat. Perintah Allah SWT kepada Rasulnya supaya memberi peringatan dengan ayat Al Quran kepada orang beriman dan sentiasa memerhatikan kejadian langit dan bumi.

Sabda Rasullullah s.a.w di riwayatkan oleh Abu Darda bermaksud: Pelajarilah surah an-Nabaa’, pelajarilah surah al-Buruuj, pelajarilah surah Qaf dan pelajarilah surah at-Taariq, kerana jika kamu mengetahui fadilat dan besarnya pahala membaca surah berkenaan, maka kamu akan berhenti daripada tugas kamu lalu kamu mempelajarinya dan juga mendekatkan diri pada Allah SWT. Allah SWT akan mengampunkan dosa mereka yang mengamalkan surah berkenaan selain dosa syirik

Surah ini juga sebagai hiburan kepada Nabi Muhammad s.a.w supaya tidak putus asa dalam menghadapi keingkaran orang kafir Mekah terhadap kenabian dan hari Kiamat.

AlQuran sebagai peringatan kepada orang yang takut ancaman Allah SWT


Kata ulama tafsir, barangsiapa yang membaca surah ini, akan terhindar daripada kemiskinan dan kepapaan. Barangsiapa yang membacannya pada malam Jumaat, nescaya akan mendapat rezeki yang melimpah..

Kek Gula Hangus


5 oz tepung naik sendiri
4 1/2 oz gula pasir - buat gula hangus
1/4 liter air
2 biji telur - dipukul
4 oz mentega - di putar
4 oz gula caster - di putar
mangkuk kertas - guna mangkuk buat cup cake pun boleh

cara-cara :
putar mentega dan telur hingga kembang
masukkan telur dan kacau hingga rata
masukkan tepung dan gula hangus
isikan adunan tadi kedalam mangkuk kertas tadi dan bakar dalam oven.
hiaskan kek yang telah siap di masak tadi dengan butter icing.
selamat mencuba resepi ini

Info Trace Mineral


Rumusan Mineral Surih Yang Seimbang

Titisan mineral surih GSL Water – Solar Evaporated Concentrated yang rendah garam adalah rumusan mineral yang seimbang. Mineral adalah pemangkin bagi semua vitamin dan lain-lain nutrien digunakan di dalam badan untuk membina dan memelihara kesihatan yang baik.Merangkumi keseimbangan mineral. Menggunakkan setiap hari ( dicampurkan dengan jus, makanan atau menambahkan mineral dalam air bertapis. air RO ) akan membantu mengalirkan dan menjana seluruh sistem elektrik dalam badan.

Mengapa GSL Water – Solar Evaporated Concentrated amat memafaatkan?

Diambil dari tasik Great Salt Lake, ia mengandungi barisan mineral dalam kadar seimbang untuk keperluan badan. Proses semulajadi iaitu sejatan secara solar untuk menyingkirkan kandungan garam( sodium ) di gunakan.

20 titis Trace Mineral mengandungi 260mg magnesium.

Titiskan ke jus, makanan atau menambahkan mineral kedalam air bertapis atau air RO


Sebab penting mengapa pilih mineral Trace Mineral Ionik

Ionik -
Mineral semulajadi terion yang dapat mudah di serap
Murni -
Di ambil dari persekitaran yang bebas pencemaran
Natural -
99.5% natrium disingkirkan
Lengkap -
Mengandungi mineral makro dan lebih dari 72 mineral mikro
Multi-Fungsi -
Membantu merangsang system kekebalan tubuh. Menghantar impuls elektrik mikro dalam system saraf kita
Seimbang -
Mineral bersinergi untuk mencipta keseimbangan dinamik
Terbukti -
Testimony tidak terhitung membuktikan nilai mineral dan elemen surih yang sangat penting bagi kesihatan kita

Cecair kehidupan.

Oleh kerana permukaan tanah yang sudah ‘mati’ dan pemakanan supplement yang buruk, ramai orang kekurangan trace mineral dalam dalam diet harian mereka. Kembalikan zat kedalam diet anda dan Bantu optimumkan pH badan anda dengan CMD – trace mineral cecair yang mudah ditambahkan kedalam air, jus atau sup lauk pauk anda!

CMD Cecair trace mineral meningkatkan pH badan:

Menyediakan trace mineral yang lengkap untuk keperluan badan anda dengan lebih 266mg magnesium bagi setiap 20 titis CMD
Sumber asli elektrolit – tambahkan trace mineral cecair kedalam sebarang minuman selepas bersenam
Membantu menyerap nutrien dalam makanan dan mengakalikan pH badan
Mengubah struktur molekul air untuk memaksimumkan kuasa menghidratkan dan menembusi setiap sel dalam badan anda.
Membuat air rasa lebih menyegarkan dan rasa sedikit manis, bermineral sesedap air gunung yang mengalir

Kini saya mengambil supplement harian, perlukan saya mengambil CMD Mineral cecair dari Revell Global? Apakah perbezaannya?

Kebanyakkan supplement mineral mengandungi mineral utama seperti kalsium, fosforus,megnesium, kalium, zink dan lain-lain. CMD sebaliknya menyediakan satu spectra penuh mineral surih ( mineral yang diperlukan dalam microgram ) yang tiada dalam kebanyakkan supplement dan makanan, yang didapati amat penting untuk kesihatan yang baik. Tambahan lagi, CMD mengandungi magnesium yang tinggi - mineral utama yang sering kurang didapati dalam kebanyakkan supplement kesihatan - mineral utama yang bermanafaat untuk jantung.

Bolehkah air mineral punca penyebab deposit dalam sendi?

Kajian telah membuktikan bahawa kalsium yang deposit dalam sendi datang dari dalam badan, terlarut dan lesap dari tulang anda sendiri kerana asid terlalu banyak dalam diet anda. Sebaliknya CMD menbantu mengakalikan pH badan .

 
Bagaimana CMD meningkatkan pH badan saya?

Pengambilan CMD boleh membantu meningkatkan pH Adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa CMD tidak menaikkan pH air yang ditambahkan kedalamnya. Walaubagaimanapun, ia meningkatkan pH badan kita sendiri dengan meneutralkan lebihan asid di dalam cecair badan dan tisu, menukarkannya menjadi garam dan kemudian memboloskan garam itu keluar daripada badan melalui air kencing