BACALAH INI!!! MUDAH-MUDAHAN KITA BUKA DARI GOLONGAN PENGHUNI NERAKA JAHANAM

Api neraka 70 kali ganda lebih panas

Di riwayatkan daripada sebuah hadis bahawa sesungguhnya Allah mengutuskan Malaikat Jibril untuk bertemu dengan Malaikat Malik yang bertanggungjawab menjaga pintu neraka

Tujuannya adalah untuk meminta Malaikat Malik membawa api dari neraka itu untuk Nabi Adam agar dapat di gunakan untuk memasak dan kegunaan lainnya

Lalu Malaikat Jibril berkata " Wahai Malik, aku di utuskan oleh Allah untuk mengambil api dari neraka bagi kegunaan Nabi Adam" Kemudian Malaikat Malik bertanya, berapa banyakkah yang kamu inginkan?

Jibril menjawab" Bawakan sebesar biji kurma" Lantas Malik berkata" Tahukah kamu wahai Jibril bahawa andainya aku berikan kamu api sebesar biji kurma,nescaya akan hancur leburlah tujuh petala langit dan bumi disebabkan oleh kepanasan api neraka itu

Maka berkata Jibril" Jika begitu yang terjadi, maka berikanlah separuh kepadaku daripada sebiji kurma" Maka Malik kemudiannya menjawab"Andainya ku berikan separuh dari biji kurma sebagaimana yang kamu pinta.ketahuilah bahawa langit tidak akan menurunkan hujan, walaupun setitis kerana kepanasan api tersebut. Lantaran bumi juga tidak akan di tumbuhi tanaman dan menjadi kering kontang"

Lantaran penjelasan Malaikat Malik itu, Jibril berdoa kepada Allah untuk memohon petunjuk " Wahai Tuhanku, sebanyak manakah yang patut aku ambil daripada neraka"

Allah menjawab doa Jibril dengan berfirman" Ambillah ia sebesar biji sawi" kemudian Jibril mengambil api neraka daripada Malik sebesar biji sawi dan membawanya kesyurga untuk di basuh di 70 sungai

Kemudian Jibril turun ke bumi dan meletakkannya di sebuah gunung yang tinggi. Sebaik sahaja Jibril meletakkannya, maka hancur leburlah gunung itu menjadi rata dan api itu di kembalikan semula di tempat asal. Yang tinggal hanyalah asap sahaja yang melekat pada batu

Daripada kisah di atas, dapat kita membayangkan betapa panasnya api neraka yang di ciptaka Allah SWT berbanding dengan api di dunia ini.

Seksa Orang Yang Ingkar

Harus di ingat api neraka yang panas itulah yang disediakan untuk menyeksa orang yang mungkar, kufur dan mereka yang suka membuat maksiat serta tidak peduli perintah Allah.

Dalam sebuah riwayat, ada mengatakan bahawa Jibril datang berjumpa dengan Rasulullah saw dan baginda bertanya kepada Jibril "Wahai Jibril, terangkanlah kepadaKu sifat-sifat api neraka"

Jibril menjawab, sesungguhnya Allah swt menjadikan neraka itu dan di nyalakan selama seribu tahun hingga menjadi merah dan bernyala. Kemudian ia dinyalakan selama seribu tahun lagi sehingga bertukar menjadi putih, kemudian di nyalakan lagi selama seribu tahun sehingga warnanya bertukar menjadi hitam pekat bagaikan malam yang gelap gelita. Tiadalah padam api itu dan tidak pula mati baranya 

Banyangkanlah dengan akal fikiran yang telah Allah kurniakan kepada kita, jika seketul api neraka sebesar biji kurma itu dapat mengnahcurkan tujuh petala langit dan bumi, manakala seketul api sebesar biji sawi yang telah di dasuh dengan 70 buah sungai dapat meranapkan sebuah gunung yang tinggi.

Bagaimana pula agaknya denga keadaan manusia yang di bakar oleh Allah pada hari Akhirat dengan keadaan api yang turun menjunam?

Meraka adalah orang 

  • mensyirikkan Allah
  • Tidak mempedulikan apa yang telah di syariatkan oleh Allah
  • Berlaku zalim sesama insan
  • Tidak mengerjakan solat
  • Tidak menutup aurat
  • Tidak bersedekah kejalan Allah
  • Suka mengumpat
  • Suka berbuat baik minta di lihat orang
  • Tidak berpuasa di bulan Ramadan
  • Suka menfitnah orang dsn
Sesungguhnya apabila telah tiba hari akhirat dan hari pembalasan, maka semuanya sudah terlambat

Tiada lagi rintihan serta rayuan akan didengari. Yang tinggal hanyalah pekikan serta jeritan kepedihan menanggung azab yang tidak terperi. Alangkah seksanya mereka yang menerima pembalasan buruk pada hari Akhirat kelak.

Marilah kita menadah tangan serta berdoa agar dengan rahmatnya dan kasih sayang Allah kita di jauhi daripada api neraka yang membakar ini sebagaimana maksud surah al-Furqan ayat 65-66 yang bermaksud
 " YA ALLAH YA TUHAN KAMI, JAUHKANLAH AZAB NERAKA JAHANAM DARIPADA KAMI. SESUNGGUHNYA AZAB ITU AMAT BURUK DAN MENGERIKAN. SESUNGGUHNYA JAHANAM ITU ADALAH SEBURUK- BURUK TEMPAT MENETAP DAN KEDIAMAN"

Pada masa itu harta dan pangkat tidak ada gunanya lagi...
Wallahualam




Tiada ulasan:

Catat Ulasan