Surah Ali Imran


Surah ini diturunkan di Madinah dan terdiri dapipada 200 ayat. Ini merupakan kesinambungan daripada apa yang di nyatakan dalam surah Al-Baqarah yang lalu. Pada surah terdahulu di ceritakan sebahagian sejarah Bani Isra’el yang berupa pendedahan pelbagai bentuk penyelewengan yang mereka lakukan. Surah ini menyebut beberapa perkara, antaranya:
·        Kesesatan dan penyelewengan Bani Isra’el dalam bentuk ytang lain
·        Petujuk bagaimana sepatutnya seorang Mu’min beraqidah dan bertingkah laku
·        Hakikat agama samawi
·        Tata cara bertaubat
·        Petunjuk bagaimana hendak mencapai kemenangan dan factor kekalahan
·        Kenyataan mengenai kedudukan para syuhada yang gugur dalam peperangan ke jalan Allah
·        Balasan Allah adalah berlaku secara umum sama ada terhadap lelaki atau wanita

Seperkara yang patut di ketahui, Al-Quran banyak berbicara tentang 
sunnah ( ketetapan ) alam dan pengajaran yang dapat di petik daripadanya disamping pelbagai kisah umat terdahulu. Sebenarnya dalam kisah-kisah tersebut dijelaskan pelbagai persoalan berkait aqidah, hukum syara’ dan akhlak

Penamaan surah dengan Ali ‘Imran yang bererti keluarga Imran merujuk kepada kemuliaan yang di perolehi isteri ‘Imran dan Maryam, anak perempuan ‘Imran. Maryam a.s merupakan symbol kepada kecekalan dari segi ibadah dan menjaga maruah. Manakala ibundanya pula, isteri ‘Imran adalah symbol kecekalan dalam usaha membantu agama Allah s.w.t Justeru itu, surah ini amat penting khususnya bagi para wanita. Oleh sebab itu juga surah An-Nisa diletakkan selepas surah ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan